assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang, dah bertahun tak update blog...tetibe tahun 2017 tergerak hati nak update sebab anak dara saya memaksa saya untuk menghantar karangan pendeknye kepada akhbar...oleh sebab dia nak fofulerr mcm mamanye yg pernah hantar karangan kpd akhbar dulu-dulu..(nama akhbar:si kecil)....hmmm mcm2 la hai anak...mama layankan ajee...tp maafkan mama ye sayang sbb x dapat hantar kpd akhbar..mama pos kat blog yg dh bersawang ni je ye...
ok x pyh buang masa...jom baca karangan ank dara sorang ni...
p/s:ditaip sendiri olehnya.
Tajuk:Aku Sebuah Jam
Aku ialah sebuah jam.Aku dilahirkan di kilang Pasir Mas,Kelantan Darul Naim.Aku diperbuat daripada besi yang bermutu dan aku direka
menjadi sebuah jam untuk kanak-kanak dan dewasa.
Pihak kilang memberi jenama Rolex kepada aku dan kawan
–kawanku .Selesai urusan pembungkusan,aku dihantar ke sebuah kedai jam dijalan
meranti pasir mas.
Pada suatu hari ,seorang lelaki datang ke kedai.Lelaki itu
bernama Hazim.Dia memilih aku dan membayar kepada tuan itu.
Aku dijaga dengan baik oleh Hazim dan semasa waktu tiba
masanya aku telah berbunyi tiba masa untuk ke sekolah
Aku terjatuh dilantai kerana kawan Hazim menjatuhkan aku. Hazim menghantar aku ke kedai untuk diperbaiki.Kemudian,Hazim
pulang ke rumah untuk mencari skru yang tercabut supaya jam itu dapat diperbaiki.Tetapi ,tuan
kedai itu memberitahu Hazim bahawa beteri jam sudah tiada.
Maka,aku ditempatkan
di kedai jam itu dan aku bahagia kerana dapat berjumpa dengan kawanku itu lah
riwayat aku sebagai sebuah jam.
Nur Aleesya Qaisara
2Berlian.
Tahun 2
Sk Intan Perdana, 71050
Port Dickson,N. Sembilan




