Monday, 12 November 2012

ayam percik ala papamamaqiss



tu dia..ayam percik ala papamamaqiss
ni papamamaqiss nak share resipi ni.
ok,ambik pen n kertas..oppss print screen je la..
kat zaman internet dihujung jari...
dah cukup merapu..
first of all..
..bismilahirrahmanirahim...

BAHAN-BAHAN:

A)untuk kuah:

*bawang merah 2 biji
*bawang putih 4 ulas
*halia 1/2 inci
*serai 3 batang
*serbuk jintan manis secukup rasa
*serbuk jintan putih secukup rasa
*garam secukup rasa
*gula secukup rasa 
{kisar bahan bertanda *}
santan 1/2 kotak
tepung beras satu sudu besar(sekira kuah cair)
minyak masak sedikit

B) untuk perapan ayam:

1 bahagian ayam yg dipotong empat(papamamaqiss suka bahagian peha)
*bawang putih 4biji
*halia 1/2 inci
*serai 2batang
{kisar bahan bertanda}
serbuk jintan manis secukup rasa
serbuk jintan putih secukup rasa
garam secukup rasa
serbuk kunyit sedikit


cara memasak:

1)buat perapan ayam dahulu seperti di bahan B..then, sapukan kepada ayam and perapkan selama 2jam.
2)disebabkan papamamaqiss guna dapur gas je sbg tempat pembakaran(betul ke ayat ni?) papamamaqiss akan rebus ayam dulu sampai masak,nanti bakar xperlu nak bakar lama-lama.
3)masukkan minyak dalam kuali sehingga panas, then masukkan bahan A yang telah dikisar(*).
4)biarkan sehingga naik bau dan masukkan serbuk jintan manis serta serbuk jintan putih.
5)then, masukkan santan and kacau
6)jika kuah cair masukkan tepung beras sedikit and kacau
7)perasakan dengan garam dan gula
8)siap untuk dihidangkan

p/s:(ratio bahan ni just for 2 orang makan)

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi komen..hehe