Bilakah datangnya pertolongan Allah swt?
sesungguhnya pertolongan Allah swt itu dekat asalkan kita bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah swt.
Allah swt tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-baqarah:286)
maknanya setiap ujian yang allah swt beri adalah sesuai dengan kemampuan umatnya untuk menanggungnya jadi kita seharusnya redha bukannya pasrah dengan setiap yang berlaku.
apa yang seharusnya kita lakukan?
Dan mintalah pertolongan kepada allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.(al-Baqarah:45)
dan juga:
Wahai orang-orang beriman! bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan (kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah swt supaya,kamu berjaya (mencapai kemenangan).(Al-Imran:200)
kepada siapa kita kena berharap?
cukuplah bagiku Allah swt (yang menolong dan memeliharaku),tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia,kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai arasy yang besar.
(At-Taubah:129)
JADI:
Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah swt untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuannya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sesekali engkau merasa keseorangan. Sesungguhnya, Allah swt sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya. Maka,bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah swt dalam
(surah al-Furqan: ayat 20)
janganlah kita menangisi dan menyalahkan takdir atas setiap yang berlaku kerana:
pic:mr google
Allah swt sayangkan kita
Allah swt nak mendekatkan diri kita kepadaNya
Allah swt ingin mengajar kita.
*sesungguhnya bersabar itu juga sebahagian dari orang yang beriman*


No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi komen..hehe